Malaysia – Japan Cultural and Educational Exchage 2018

28 02 2018

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang akan menerima kunjungan daripada murid-murid Bunkyo Gakuin University Girl’s High School Japan melalui Program Pertukaran Kebudayaan dan Pembelajaran Malaysia-Jepun. Seramai 59 orang murid Jepun akan turut serta dengan diiringi 4 orang guru sekolah tersebut pada tahun ini.

Tujuan program ini dilaksanakan ialah bagi memberi pendedahan dan menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa untuk semua murid SMK Puteri Ampang. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan anatara murid SMK Puteri Ampang dengan murid Bunkyo Gakuin Girl’s High School ( Global Friendship ).

Program ini dijalankan pada 27 Februari 2018 iaitu hari Selasa, pada pukul 8:30 pagi hingga 2:30 petang yang bertempat di Dewan Sri Kandi, SMK Puteri Ampang.

Pada pukul 8:30 pagi ketibaannya guru dan murid dari Bunkyo Gakuin University Girl’s Senior High School. Setelah memasuki Dewan Sri Kandi, semua para hadirin diminta berdiri untuk nyayian lagu Kebangsaan Malaysia iaitu Negaraku.

Seterusnya, mendengar ucapan daripada pengetua SMK Puteri Ampang iaitu Puan Raja Norazam binti Raja Saleh. Dituruti juga ucapan daripada Pengetua Bonkyo Gakuin University Girl’s High School.

Seterusnya, warga SMK Puteri Ampang mempersembahkan ucapan yang juga dituruti oleh pelajar daripada Bunkyo Gakuin University Girl’s High School. Kemudian sesi pertukaran cenderamata daripada negara masing-masing.

Pada pukul 9 pagi, diadakan persembahan grafik yang dipersembahkan oleh murid-murid SMK Puteri Ampang. Kemudian persembahan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar dari Bunkyo Gakuin University Girl’s.

Pada pukul 10 pagi, berlakunya sesi pengambaran antara pelajar-pelajar SMK Puteri Ampang dan Bunkyo Gakuin University Girl’s. Aktiviti seterusnya ialah menunjukkan cara menchanting batik kepada pelajar dari Bunkyo Gakuin University Girl’s.

Seterusnya tepat 10.30 pagi, pelajar dari Bunkyo Gakuin University Gilr’s memperkenalkan permainan Jepun dan hasil seni yang dibuat oleh pelajar dan kerja berkumpulan.

Tepat pada pukul 12.15 tengah hari, mereka makan tengah hari dia cafeteria SMK Puteri Ampang. Kemudian mengadakan lawatan ke Royal Selangor Pewter, di kilang-kilang dan jugak bergambar untuk dibuat kenang kenangan.

 

 


Actions

Information