Video Pertandingan 3K dan Drink Move Be Strong Peringkat Kebangsaan 2017

1 09 2017

SMK Puteri Ampang telah terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan 3K dan Drink Move Be Strong Peringkat Kebangsaan. Diminta murid-murid dan guru untuk like video-video di bawah di youtube:

 

  1. Video 3K :                                    https://youtu.be/LInBPDMSd6o
  2. Video choral speaking:             https://youtu.be/ukyiLyhKTzA
  3. Video Duty Pagar:                     https://youtu.be/G5dXHUrl5Ok
  4. Video Nilam:                              https://youtu.be/he5w-fl7-DE
  5. Video Latihan Kawad APM:   https://youtu.be/RqSG5sKlmLU

 

 

 

Advertisements




PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN PT3

7 08 2017

Peperiksaan Percubaan SPM akan berlangsung pada 10 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017

IMG20170807162723IMG20170807162739

 

Peperiksaan Percubaan PT3 pula akan berlangsung pada 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017

IMG20170807162646





PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PT3 & SPM 2017

6 07 2017

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PT3 / 2017

BIL TARIKH MASA MATA PELAJARAN
JUMAAT
1. 21.7.2017 12.00 TGH – 2.00 PTG SAINS
2. 28.7.2017 BAHASA MELAYU
3. 4.8.2017 MATEMATIK
4. 11.8.2017 BAHASA INGGERIS
5. 8.9.2017 PENDIDIKAN ISLAM
6. 15.9.2017 KEMAHIRAN HIDUP
7. 22.9.2017 SAINS
8. 6.10.2017 BAHASA MELAYU
 
SABTU
1. 29.7.2017 8.00 PG – 12.00 TGH MATEMATIK
2. 12.8.2017 SAINS
3. 19.8.2017 KEMAHIRAN HIDUP
4. 30.8.2017 BAHASA INGGERIS
5. 7.10.2017 BAHASA MELAYU

 

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SPM 2017

BIL TARIKH MASA MATA PELAJARAN
JUMAAT
1. 7.7.2017 12.00 TGH – 2.00 PTG MATEMATIK TAMBAHAN/PERDAGANGAN
2. 14.7.2017 BAHASA MELAYU
3. 21.7.2017 BAHASA INGGERIS
4. 4.8.2017 SEJARAH
5. 11.8.2017 MATEMATIK
6. 18.8.2017 MATEMATIK TAMBAHAN/PERDAGANGAN
7. 25.8.2017 BAHASA MELAYU
8. 8.9.2017 SEJARAH
9. 15.9.2017 BAHASA INGGERIS
10. 22.9.2017 MATEMATIK
11. 6.10.2017 BAHASA MELAYU
12. 13.10.2017 SEJARAH
13. 27.10.2017 BAHASA INGGERIS
14. 3.11.2017 MATEMATIK
 
SABTU
1. 29.7.2017 8.00 PG – 12.00 TGH FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, MATE TAMB, PERDAGANGAN
2. 12.8.2017 SAINS, AGAMA & MORAL
3. 19.8.2017 BIOLOGI, FIZIK, PRINSIP AKAUN, TASAWUR
4. 30.9.2017 PERDAGANGAN, MATEMATIK TAMBAHAN
5. 7.10.2017 FIZIK, EKONOMI ASAS, TASSAWUR
6. 14.10.2017 BAHASA INGGERIS, PRINSIP AKAUN, PERDAGANGAN
7. 21.10.2017 MATEMATIK TAMBAHAN, KIMIA, SAINS
8. 28.10.2017 BAHASA MELAYU, SEJARAH

# Untuk hari Sabtu, kelas yang terlibat untuk subjek elektif adalah kelas yang mengambil subjek elektif tersebut sahaja.





DRINK MOVE BE STRONG – CERDAS CERGAS, SUSU UNTUK SEMUA

27 04 2017

Sepanjang 20-28 April 2017, SMK Puteri Ampang telah mengadakan beberapa Projek Khas Drink Move Be Strong dalam melayakkan sekolah menyertai Pertandingan 3K. Berbagai program besar dan sampingan telah diadakan sepanjang waktu persekolahan dan aktiviti ko kurikulum.

 

Pada Khamis 20 April 2017, murid-murid terlibat telah menjayakan projek menyusun susu kotak Ducthlady membentuk perkataan SMK PUTERI AMPANG.

 

 

 

 

Pada Selasa 25 April 2017 pula, pelancaran 3K, Minggu HEM dan Kerjaya telah diadakan di Dataran Puteri dengan kehadiran tetamu khas jemputan Encik Jovian Mandagie, seorang pereka fesyen terkenal. Beliau telah sudi merasmikan pelancaran program dengan tema Cerdas Cergas, Susu Untuk Semua. Acara perasmian diserikan lagi dengan ucapan motivasi Encik Jovian kepada para pelajar. Acara diteruskan dengan Sketsa 5 Babak yang mencuit hati tentang khasiat minum susu Dutchlady yang dapat memberi tenaga tambahan kepada kita. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan acara Senamrobik yang turut disertai oleh Encik Jovian.

 

Acara berehat seketika dan diteruskan dengan Sukaneka untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2, Pertandingan Bola Tampar untuk pelajar Tingkatan 3, Pertandingan Bola Baling untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. Pada Rabu 26 April 2017 pula, Persembahan Dikir Barat Susu diadakan di Dewan Serikandi sewaktu aktiviti ko kurikulum dijalankan.

#drinkmovebestrongmy

#dutchladymy

 





KHEMAH IBADAT TAHUN 2017

20 03 2017

Pada 17 Mac hingga 18 Mac 2017 SMK Puteri Ampang telah mengadakan khemah ibadat tahun 2017 di dewan serikandi. Khemah ibadat merupakan satu aktiviti tahunan yang telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam di sekolah ini sejak tahun 2001.

 

Program ini memfokuskan kepada murid-murid Islam Tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki pentaksiran PT3 dan juga peperiksaan SPM 2017. Program ini amat penting dan wajar diteruskan untuk meningkatkan motivasi pelajar. Kesannya, pelajar akan lebih berusaha dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan matlamat sendiri pada masa akan datang.

 

Selain itu, Murid murid juga dapat merealisasikan cara hidup Islam dalam kehidupan harian dengan mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat.

 

OBJEKTIF

# Meningkatkan kefahaman dan rasa tanggungjawab tentang kepentingan melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan seharian.

# Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid Islam di sekolah ini.

# Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan.

 

 

 





KEPUTUSAN SPM 2016

15 03 2017

Tanggal 14 Mac 2017 melakarkan sejarah bagi murid-murid Tingkatan 5 / 2016 kerana keputusan SPM 2016 telah diumumkan.





PENILAIAN KURIKULUM 1/2017

6 03 2017

Penilaian Kurikulum 1/2017 akan berlangsung pada:

  1. Tingkatan 5 : 9-17 Mac 2017
  2. Tingkatan 3 : 13-17 Mac 2017
  3. Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4 : 14-17 Mac 2017

Harap Maklum.

 

Ting 5Ting 4Ting 3Ting 2Ting 1